26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Barisan kepimpinan STARSABAH bahagian Bingkor digesa terus bersatu dan bekerjasama, kekalkan kecemerlangan

Robert (duduk tengah) bersama barisan kepimpinan Bahagian dan Ketua-Ketua Sayap STARSABAH N.40 Bingkor.

KENUNGAU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) Datuk Robert Tawik @ Nordin menggesa supaya barisan kepimpinan Parti Bahagian N.40 Bingkor bersatu dan bekerjasama bagi mengekalkan kecemerlangan sedia ada.

Beliau berharap semua ahli jawatankuasa yang telah terpilih di semua peringkat hendaklah bersatu dan bekerjasama diantara satu sama yang lain.

Katanya, kekuatan parti adalah dengan adanya kesepakatan ahli-ahli jawatankuasa di setiap Peringkat.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian kali yang pertama selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan baru-baru ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ketua-Ketua sayap parti terdiri daripada Ketua Wiramuda Florian Ilon, Ketua Wiranita Jennifer Epil, Ketua Wiraemas Saimin Bandara, Ketua Wiramaja Everria Teffany.

Robert yang mengekalkan jawatan Ketua Bahagian STRARSABAH N.40 Bingkor juga meminta semua sayap memainkan peranan yang penting dalam mencari ahli baru parti.

Beliau berharap agar semua sayap parti Bahagian ini dapat merancang program dan aktiviti sepanjang tahun ini untuk mendekati rakyat di akar umbi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN