26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bantuan Bakul Makanan Parlimen Labuan siap untuk diagih

BANTU….. Rozman (dua kiri) membantu pembantunya mamasukan bahan keperluan makanan kedalam bakul makanan untuk diagihkan kepada Ketua Kampung esok (Selasa).

LABUAN: Program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan siap untuk diagih  esok kepada rakyat yang terkesan teruk dengan pandemik COVID 19.

Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli berkata sebanyak 4,500 hingga 5,000 bakul makanan yang diperlolehi daripada peruntukan RM300,000 Kerajaan Persekutuan  akan mula diagihkan  esok melalui Ketua-Ketua Kampung  yang menpunyai senarai penerima di setiap kampung masing masing.

“Untuk fasa pertama ini kita akan serahkan  sebanyak 30 bakul makanan kepada setiap  Ketua Kampung untuk diagihkan kepada penduduk  yang teruk terkesan dan terdesak seperti mereka yang hilang pekerjaan semasa pendamik COVID 19.

“Selepas itu kita akan melihat kepada golongan lain seperti mengalami pengurangan gaji atau mereka yang mengalami penyusutan simpanan kewangan” katanya ketika ditemui media pagi tadi.

PENGASINGAN…. pembantu Rozman sibuk mengasingkan bahan-bahan makanan untuk  di masukkan ke dalam bakul makanan.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan   kepada pihak pihak yang mengusahakan bank makanan (Food Bank)   untuk sama-sama membantu masyarakat yang terdesak untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Saya mengharapkan kepada mereka yang berkemampuan bantulah menyumbang kepada bank-bank  makanan yang ada  kerana pada masa yang mencabar ini kita perlu menunjukkan kasih sayang dan prihatin  dengan membantu  masyarakat yang memerlukan bantuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN