32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Banjir di Tenom semakin membimbangkan

Gambar – Salah sebuah kampung yang dilanda banjir (Gambar oleh: Jubin Kinsil)

Oleh:Marutin Ansiung

TENOM:Banjir di daerah ini semakin membimbangkan apabila menyaksikan 32 kampung dinaiki air dan 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat pertembungan banjir sungai Padas dan sungai Pegalan sejak semalam.

Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun berkata, kampung-kampung yang terlibat adalah  Kampung Kalang Kanar, Uloi makakagas, Mandalom Lama, Pantongan Saga, Paguokon Laut, Tumantalik, Bunut, Binaie, Tenom Lama, Binsilon,  Batu 2,  Entabuan, Lagud Seberang, Batu-Batu, Ponontomon Marais, Kalibatang Lama, Kalibatang Baru, Kuala Tomani, Mamaitom, Gumisi, Angalor, Kalamatoi, Sugiang, Pantungon/Olikon, Kemabong Lama, Kalasasan, Lalandang, Enubai, Batu 8, Sapong, Bangkulin dan Amboi 2. 

Kelihatan sebuah rumah yang dinaiki air di Kemabong Lama.

Sementara itu katanya, PPS yang dibuka sebanyak 14 lokasi PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar yang menempatkan 26 orang mangsa pada banjir gelombang pertama pada Isnin lepas.

“PPS yang baru dibuka hari ini ialah Rumah Kebudayaan Ponontomon, Rumah Kebudayaan Mandalom Lama, Rumah Kebudayaan Pantongan Saga, Dewan Serbaguna Saga, Rumah Kebudayaan Paguokon Laut, Rumah Kebudayaan Tumantalik, Rumah Kebudayaan Maugus, Dewan Masyarakat Sri Ontoros, Rumah Kebudayaan Kalibatang Lama, Rumah Kebudayaan Mamaitom, Rumah Kebudayaan Maugus, Rumah Kebudayaan Gumisi dan Dewan Gereja Kampung Bangkulin” katanya ketika dihubungi lewat petang tadi.

Walau bagaimanapun katanya, bilangan penduduk yang dipindahkan di setiap PPS belum dikemas kini.

Selain itu katanya,11 jalan raya yang tidak boleh dilalui kerana dinaiki air iaitu Jalan Kalang Kanar, Kuala Tomani, Kampung Marais, Kampung Gumisi, Kampung Maugus, Kampung Angalor, Kemabong Lama, Kemabong – Tenom, Kalibatang Lama, Kalibatang Baru, Pantongan Saga, dan Binae.

Jelasnya, sembilan buah sekolah turut dinaiki air terdiri dari Sekolah Kebangsaan (SK)Enubai,.SK Kuala Tomani, SK Ladang Sapong, SJKC PADA, SK Gumisi, SJKC Yuk Hwa, SK Kalang Kanar, SJKC Yuk.Syn dan SK Kemabong.

Bacaan Paras air pada jam jam 3.00 petang tadi masih dalam paras bahaya

179.00M sementara itu keadaan cuaca di Tenom masih mendung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN