27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bangunan Surau Baharu Kg Tungou, bakal didirikan

BERMUAFAKAT…Sebahagian penduduk yang menghadiri gotong royong tersebut merakam gambar bersama Muhinin (duduk kanan), Wasili (duduk kiri)dan Jahinin (duduk dua kiri).

RANAU: Belia bersama penduduk Kg.Tungou di sini telah merancang akan mendirikan bangunan Surau Baharu di kampung itu tidak lama lagi.

Bangunan yang dirancang berkeluasan 30’x50′ itu bagaimanapun mengharapkan  sumbangan kewangan daripada para penderma.

“Kita amat mengharapkan sumbangan derma daripada mereka yang sudi dan iklas”, jelas Pengerusi Penaja pembinaan bangunan Surau berkenaan, Wasili@Badin Bin Kaidang ketika ditemui selepas satu gotong royong membersihkan tapak surau baharu itu baru-baru ini.

Wasili merakam penghargaan   dan terima kasih atas kehadiran para belia bagi menjayakan gotong royong yang telah diadakan.

“Kita di kampung ini memang sentiasa bersepadu dan bermuafakat menjayakan projek-projek kecil tanpa terlalu mengharapkan  sangat bantuan daripada kerajaan”, jelas Wasili.

Ketua Kampung Kg.Tungou Ranau, KK Muhinin Gisiu yang menyertai gotong royong  tersebut turut memuji  kehadiran para belia.

Para belia dan masyarakat katanya, perlu bijak berikthiar sendiri dalam menjayakan dan menyiapkan sesuatu kerja tanpa terlalu bergantung sangat dengan bantuan kerajaan.

Menurut Muhinin  menerusi gotong royong  mampu mewujudkan permuafakatan
dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan penduduk setempat selain  dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat serta menjimatkan kos kewangan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Wasili itu, turut dihadiri Penasihat yang juga mewakafkan tanah  tapak  bangunan Surau baharu tersebut, Jahinin Bin Kasim dan dihadiri lebih 20 orang penduduk.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN