26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bangunan Mahkamah Anak Negeri bernilai RM5 Juta bakal dibina di Ranau

Muhasif (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Isnin.

RANAU: Warga daerah ini bertuah kerana mendapat bangunanĀ  Mahkamah Anak Negeri (MAN) daerah yang baharuĀ  dianggarkan menelan kos berjumlah RM5 juta peruntukan kerajaan Persekutuan.

Maklumat itu telah diumumkan sendiri, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Bin Haji Aliasnih sempena lawatan kerjanya ke daeah Ranau baru-baru ini yang diadakan di Dewan Terbuka PDK Ranau baru-baru ini.

Menurut Datuk Isnin, pembinaan dijangka bermula seawal tahun 2022. Bangunan itu kelak bakal menempatkan pentadbiran Ketua Daerah, pejabat Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) termasuk seorangĀ  Pegawai dan kakitangan pejabatĀ  dengan dilengkapi peralatan ICT seperti komputer untuk kemudahan para WKAN dan juga Ketua Kampung (KK) untuk berurusan berkaitan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Kita akan membina bangunan sendiri Mahkamah Anak Negeri di daerah ini yang kini masih menumpang di bangunan  Pejabat Daerah”, yang difikirkan tidak lagi relevan mengikut keperluan semasa.

“Bangunan baharu seumpamanya sudahpun siap dibina di daerah lain cuma di daerah Ranau agak terlewat sedikit ekoran kekangan pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia.

“Saya mengharapkan dengan adanya bangunan baru itu akan memberi manfaat kepada Ketua Daerah, para WKAN, Ketua Kampung (Pemegang Adat) dan penduduk setempat yang ada keperluan berurusanĀ  apa juga isu berkaitan tanggungjawab serta peranan para WKAN dan Pemegang Adat”, jelas Datuk Isnin, sambil memaklumkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan yang ketika ini mempunyai 3 WKAN sahaja akan ditambah seorang lagi WKAN supaya genap 4 orang seperti kawasan DUN ditempat lain di Sabah.

Sebahagian WKAN bersama tetamu jemputan yang lain merakam gambar bersama Datuk Isnin (depan lima dari kanan).

“Kita mengharapkan dengan pertambahan WKAN di DUN PaginatanĀ  ini akan lebih memantapkan lagi peranan dan fungsiĀ  mereka untuk keperluan penduduk kawasan setempat”,tambahnya sambil menyeru semua WKAN kawasan Parlimen Ranau agar terus berkhidmat sebaik mungkin selaras dengan arahanĀ  kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kerajaan Persekutuan.

Turut berucap ialah Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Haji Ruman, manakala hadir bersama lebih 50 pemimpin-pemimpin adat Mahkamah Anak Negeri (Ranau) ialah, Timbalan Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah, Neldin Gimbang, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Pengerusi JKDB pekan Ranau, Tan Eng Sing bersama Setiusahanya, William Dunggi Baba.

Pada sebelah paginya sempena  lawatan kerja tersebut,  Datuk Isnin sempat menghadiri  taklimat Majlis Daerah Ranau (MDR) di Bilik Gerakan pejabat itu yang disampaikan Pegawai Eksekutif MDR, Jupirin Bin Haji Ruhimin yang dihadiri Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah dan semua Staf MDR.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN