NAIB JOHAN…. Susi Ramilyana (empat dari kiri) bersama rakan rakan ketika menerima hadiah APBN 2025 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
LABUAN: Persatuan Belia Kampung Bebuloh (BAMBU) Wilayah Persekutuan Labuan muncul naib johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBM) kategori pertubuhan Peringkat Kebangsaan 2025.
Dengan kejayaan itu BAMBU yang diketuai Pengerusinya Susi Ramilyana Maideen membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala dan sijil.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan 2025 yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi dan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan.
Sementara itu turut mengiringi Susi Ramilyana pada majlis gilang gemilang itu ialah Naib Pengerusi BAMBU, Nur Syaz Winnie Kamal, Setiausaha BAMBU, Arman Basaruddin,Biro Pendidikan dan Kerjaya BAMBU, Mohd Zuwaidi Jaffari.
Dalam pada itu Susi Ramilyana berkata pengiktirafan itu secara tidak langsung telah mengangkat BAMBU sebagai sebuah pertubuhan yang cemerlang dan berimpak tinggi bukan sahaja diperingkat Wilayah Persekutuan tetapi juga di peringkat nasional.
“Biarpun Labuan ini sebuah pulau yang kecil namun golongan belianya mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mengejar sesuatu kejayaan”, katanya.
Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada ahli ahli BAMBU yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang kuat sepanjang beliau menerajui kepimpinan BAMBU.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sehingga kita mencapai kejayaan menembusi peringkat kebangsaan dan kejayaan ini bukan sahaja perlu dipertahankan sebaliknya perlu kita tingkatkan dan buktikan bahawa golongan belia di pulau kecil ini sebenarnya mempunyai kegigihan untuk sama sama memperkasakan pembangunan belia negara”, katanya.
Tamat
Gambar: NAIB JOHAN…. Susi Ramilyana (empat dari kiri) bersama rakan rakan ketika menerima hadiah APBN 2025 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
2.Susi Ramilyana (tengah) bersama sama rakan-rakanya ketiak menerima anugerah naib johan APBN 2025.



