32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Balik Kampung: Terminal Feri Antarabangsa Labuan sedia tambah pelayaran bot penumpang

TAMAT Gambar:Penumpang sedia untuk menaiki bot untuk balik bercuti ke Tanah besar Sabah

LABUAN: Terminal Feri Antarabangsa Labuan (FTAL) yang dikendalikan oleh  Labuan Development Holding (LDA) sedia menambah jumlah pelayaran  bot penumpang dari Labuan ke Menumbok   bagi memastikan semua penumpang yang mengunakan perkhidmatan bot penumpang dapat balik kampung sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini, pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi menambah  pelayaran bot penumpang sekiranya pemintaan untuk balik kampung atau bercuti  ke tanah besar Sabah melalui Menumbok terus meningkat daripada jadual yang sedia ada.

“Bemula pada 5April lalu, pihak LDA Holding telahpun menambah bilangan pelayaran bot laju sebanyak 30 trip dan tinjuan mendapatai kaunter pembelian tiket juga terus jadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bot pemumpang untuk balik kampung khususnya ke Menumbok atau ke tanah besar Sabah” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Noor Halim berkata, pada tahun lepas TFAL telah mengendalikan lebih 50 perjalanan  tambahan dari Labuan menuju ke beberapa distinasi  seperti Menumbok, Sipitang, Lawas dan Brunei melibatkan seramai 260,000 penumpang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN