26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mac 16, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Balai Bomba Dan Penyelamat Kawasan Bingkor akan diwujudkan: Robert Tawik

Jeffry (dua dari kanan) dan Robert (dua dari kiri)semasa mengadakan perbincangan dengan Pengarah JBPM Sabah PKPjB Md Ali Bin Ismail (kanan).

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Balai Bomba Dan Penyelamat Kawasan Bingkor akan diwujudkan kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, perkara ini telah dibincangkan kepada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Saya bersama Ahli Parlimen  Keningau Datuk  Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan JBPM bagi membincangkan cadangan Pembinaan Balai Bomba Baru di Pekan Apin-Apin dan cadangan pembinaan Mini Balai Pasukan Bomba Sukarela Kawasan Bingkor  dan Kampung Tangaban. Tambunan” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, perbincangan diadakan di Pejabat Jeffrey di Sokid villa Kota Kinabalu kelmarin semasa kunjungan hormat JBPM Sabah yang diketuai oleh Pengarah JBPM Sabah, PKPjB Md Ali Bin Ismail.

Turut sama Memangku Timbalan Pengarah yang juga Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Sabah, PgKB I Jemros Bin Olin, Ketua Zon JBPM Keningau PgB Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan, Pegawai Perhubungan Awam, PKPgB Mohd Affendy Bin K Ramin, Ketua BBP Tambunan Tuan Desmond Mickey dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Kampung Tangaban.

Menurut Robert, beliau dan Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri bersetuju dan menyokong pemberian tapak di kawasan Apin-Apin untuk pembinaan bangunan Balai Bomba Dan Penyelamat.

“Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN