25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bahasa ibunda perlu dipertahankan: Robert

Robert (dua dari kanan) bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat serta orang ramai semasa menyanyikan lagu kebangsaan (Negaraku) dan Sabah Tanah Airku sebelum majlis bermula.

KENINGAU: Bahasa ibunda perlu dipertahankan agar ianya tidak hilang ditelan zaman dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, setiap etnik di negeri ini khususnya di kawasan Bingkor perlu mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa berucap merasmikana sambutan Majlis Ramah Mesra Kaamatan Peringkat Mukim Bingkor yang berlangsumg di Dewan Masyarakat Pekan Bingkor pada Sabtu.

Robert mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

Beliau dalam ucapannya menyeru agar rumpun etnik dan sub etnik dusun di kawasan Bingkor dapat meningkatkan usaha untuk mempromosikan, memperkenalkan dan mempamerkan budaya masing-masing bagi mengekalkan kelangsungan identiti budaya.

Beliau turut mengajak kepada semua pihak supaya dapat bersama-sama menyertai dan menjayakan sambutan perayaan Pesta Kaamatan.

“Ini bagi membolehlan masyarakat di semua peringkat dapat menghayati makna sambutan Pesta Kaamatan demi kestabilan, keamanan, persahabatan dan kemakmuran negeri” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN