ADVERTISEMENTspot_img

Azman rasmikan Program Google Educator BEST, perkasa pendigitalan pendidikan Keningau

Suhaimi (kedua dari kiri) menyampaikan cendrahati Azman.

KENINGAU: Pengerusi Sabah NET Sdn Bhd, Datuk Azman Haji Ruslan merasmikan Program Google Educator BEST Peringkat Daerah Keningau yang menghimpunkan para pendidik dalam usaha memperkukuh penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap penganjuran program tersebut yang disifatkan sebagai satu usaha murni hasil kerjasama pelbagai pihak di peringkat daerah bagi memperkasakan pendigitalan pendidikan.

Menurut beliau, program berkenaan bukan sahaja memperkenalkan penggunaan aplikasi Google serta platform DELIMa 3.0, malah lebih penting membina keyakinan guru dalam menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti, menarik, menyeronokkan dan bermakna kepada para pelajar.

Datuk Azman berkata, akses kepada teknologi perlu diseimbangkan dengan pembangunan kompetensi insan agar manfaat pendigitalan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam dunia pendidikan.

Beliau turut berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran digital dalam kalangan warga pendidik, sekali gus menyokong aspirasi pendidikan negara ke arah pembelajaran abad ke-21.

Program Google Educator BEST Peringkat Daerah Keningau dianjurkan menerusi kerjasama empat buah sekolah di Zon Bingkor iaitu SK Bingkor, SK Bunsit, SK Jaya Baru dan SMK Bingkor dengan penglibatan peserta NOVEL Ambilan 2026.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Tuan Suhaimi bin Haji Matshah, bersama para guru, peserta serta jemputan yang memeriahkan program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN