31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BERGU BOULES LABUAN MUNCUL JUARA KEJOHANAN MYSED PETANQUE DOUBLE LiMBANG OPEN 2022

GAMBAR:JUARA… Muhammad  Suffry dan Muhammad Shahrul bersama hadiah yang dimenangi

LABUAN: Pasangan  Bergu Pentanque  yang mewakili  Persatuan Sukan Boules Wilayah Persekutuan Labuan Muhammad Abdel Rizah dan Muhammad Shahrul Irfan Hazani menjuarai Kejohanan MYSED Double Petanque Limbang Open  yang diadakan baru-baru ini.

Pasangan bergu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan medal selepas menewaskan bergu dari Brunei Darusallam di peringkat akhir kejohanan itu.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh  bergu dari Limbang dan Brunei Darusallam.

Menurut Pengurus pasukan Boules Labuan, Elyza Mohd Kassim pada kejohanan itu Persatuan Sukan  Boules Labuan menghantar seramai 8 orang (empat bergu) masing-masing Norliza @Siti Nuratiqah Akmal/ Hassan Ahmad, Ahmad Khuzairy/Mohd Hadziq dan  Muhamad Iskandar Zulkarnain/  Nur Sabrina Sabaruddin.

Turut sama mengiringi atlit itu ialah jurulatih petanque,  Sabaruddin Musa.

Elyza berkata, kejohanan selama dua hari itu  telah disertai oleh 108 pasukan yang melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Brunei Darusallam dan Labuan.

Kejohanan tersebut  adalah anjuran MYSED dengan kerjasama Persatuan Petanque Limbang Sarawak (PESPEL) di arena Petanque PESPEL Limbang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN