Jaafar menerima sijil ISO 37001-2016 daripada Ahmad Faizal.
LABUAN: Syarikat Asian Supply Base (ASB) Labuan telah memperolehi persijilan ISO 37001-2016, Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang dianugerahkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Majlis Penerimaan sijil ISO 37001-2016 itu telah disampaikan oleh Senior Key Account Manager, Ahmad Faizal Haji mewakili SIRIM QAS International kepada Ketua Pegawai Eksekutif ASB, Datuk Jaafar Estaban sempena sambutan Hari Integriti yang diadakan di salah sebuah hotel di sini baru baru ini.
Jaafar ketika berucap pada majlis itu itu berkata, pengiktirafan Sijil ISO 37001-2016 itu membuktikan komitmen ASB dalam menegakkan prinsip integriti dan mematuhi garis panduan tatacara yang ditetapkan oleh SPRM.
“Penganugerahan Sijil ISO 37001-2016 ini telah dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap ASB” katanya.
Selain itu, beliau turut menekankan komitmen berterusan ASB dalam mempromosikan integriti dan govenans yang baik.
Jelasnya, ASB dalam usaha membanngunkan Pelan Anti Rasuah (ASB-ACP) yang melibatkan kerjasama wakil setiap jabatan di syarikat.
“Pelan ini diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan operasi dan memastikan segala urusan dijalankan dengan telus dan bebas dari unsur rasuah, selaras dengan keperluan perundangan” katanya.
Hadir sama pada majlis itu, barisan pengurusan tertinggi ASB dan wakil wakil dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).



