25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Arthur Kurup rasmi Jalinan Kasih KRT Mukim Nabawan

ARTHUR(depan kanan)semasa menyampai mesin rumput kepada Jiran Muda KRT Kabangawong.

NABAWAN:Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Ekonomi)Arthur Joseph Kurup merasmikan Jalinan Kasih KRT Mukim Nabawan yang berlangsung di Balai Budaya Kampung Kabangawong petang tadi.

Pada majlis itu Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan meluluskan geran tambahan RM17,000 kepada  KRT Mukim Nabawan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan dua buah mesin rumput kepada Jiran Muda KRT Kampung Kabangawong.

Selain itu Arthur menyampaikan sumbangan makanan kepada warga emas, oku, ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik dan anak yatim. 

Arthur dalam ucapannya  merakamkan penghargaan dan tahniah kepada warga KRT Nabawan kerana sentiasa mengekalkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama yang sudah sedia terjalin di negara ini khususnya di Sabah perlu dikekalkan. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN