ARMIZAN (tengah) bersama warga SMSL yang hadir pada Majlis Terbuka Aidilfitri sekolah itu.
LABUAN: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sekolah Menangah Sains Labuan (SMSL) yang diadakan baru baru ini bertambah meriah dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Khas Sabah, Sarawak dan Tugas Tugas Khas, Datuk Armizan Bin Mohd Ali,
Selain menyantuni dan beramah mesra dengan para alumni dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu, beliau turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk majlis jamuan dan pembelian kemudahan asas sekolah serta berjanji untuk membantu membaiki dan membesarkan surau sekolah tersebut.
Armizan yang juga merupakan alumni sekolah itu, menzahir rasa kegembiraan apabila dapat menunaikan hasratnya untuk bersama sama guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau menitipkan pesanan dan doa agar sekolah yang pernah mendidiknya terus cemerlang dalam segala bidang terutama dalam aspek akademik dan kemanjadian murid.
Sementara itu, Pegetua SMSL A Zailani A Mumin berkata, Majlis Terbuka Aidilfitri diadakan bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim antara komuniti sekolah bersama ibu bapa dan alumni.
Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali.
Turut hadi pada majlis itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohammad dan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Yahya Ahmad Puteh serta pengetua pengetua sekolah yang terdapat di pulau ini.