27.7 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ARIFIN SEHARIAN BERADA DI LAPANGAN MEMANTAU KEADAAN BANJIR DI MEMBAKUT

PANTAU..Arifin ketika melawat Sk Pekan Membakut yang mula di naiki air.

MEMBAKUT: Seawal pagi hingga ke petang Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berada di lapangan bagi memantau keadaan banjir yang mula melanda daerah itu.

Hujan lebat sejak malam Ahad lepas hingga ke pagi  menyebabkan air cepat naik yang bermula dari hulu kampung Bambangan dan turun ke kawasan rendah terutamanya di kampung kampung berhampiran sungai Membakut seperti di kampung Lumantak ,Baitam,Dungau,Jambatan Baru ,kampung Brunei dan sekitar Pekan Lama Membakut.

Menurut Arifin yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kimanis setakat kemarin keadaan masih terkawal dan belum ada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Salagon .

” Jika keadaan cuaca mengizinkan dan hujan tidak turun sehari dua ini keadaan banjir akan surut” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan pemantauan tersebut.

Bagaimanapun menurut Arifin beliau telah mengarahkan Pengerusi jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Penolong Pegawai Daerah kecil Membakut untuk bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar akan berlaku.

” Saya difahamkan jawatankuasa bencana alam daerah sudah diaktifkan dan semua petugas berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan” jelas Arifin.

Dalam pada itu Arifin menasihatkan agar  penduduk kampung kampung yang terlibat dengan banjir ini sentiasa berwaspda terutamanya memastikan dokumen dokumen penting disimpan di tempat yang selamat dan segara berpindah apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa .

” Saya juga meminta pengerusi Majlis Keselamatan Kampung (MPKK) di kawasan yang terlibat agar sentiasa memberikan maklumat semasa mengenai keadaan banjir di kampung atau mukim mereka agar segala bentuk bantuan terutamanya disaat kecemasan boleh disalurkan segara” jelas Arifin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN