32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

APMM tahan tujuh nelayan asing lakukan aktiviti perikanan tanpa permit

BOT yang dipercayai berpangkalan di Sarawak telah ditahan selepas didapati melakukan aktiviti penangkapan ikan yang tidak permit perikanan.

Labuan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan  menahan tujuh nelayan asing bersama sebuah bot tempatan kerana disyaki melakukan aktiviti perikanan tanpa permit yang sah di perairan Labuan, pada Jumaat.

Pengarahnya Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, nelayan asing tersebut yang terdiri enam warga Vietnam dan  dan seorang warga Indonesia ditahan bersama sebuah bot tempatan di kedudukan 31.2 batu nautika dari Labuan.

“Semasa menjalankan rondaan rutin, kapal ronda KM Bistari mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 31.2 batu nautika dari sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit sedang melakukan aktiviti menangkap gamat menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini (Sabtu).

TUJUH nelayan asing warganengara Vietnam dan Indonesia ditahan oleh APMM untuk siasatan lanjut.

Katanya, kesemua nelayan yang berumur antara  lingkungan 20 hingga 44 tahun itu  merupakan kru bot berkenaan  yang berpangkalan di Sarawak.

” Bot dan nelayan tersebut yang turut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah  ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan itu mampu menyebabkan kerosakan pada ekosistem serta pembiakan hidupan laut,” katanya.

Beliau berkata, komuniti maritim dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengelakkan daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087- 427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN