28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Labuan tahan dua  kapal tangki  disyaki pindah minyak  tanpa kebenaran

MENCURIGAKAN… dua buah kapal yang mencurigakan ditahan oleh APMM selepas didapati memindah minyak dari kapal ke kapal

LABUAN:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) APMM Zon Maritim Labuan menahan dua buah kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran, awal  pagi Jumaat.

Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata,  ketika kapal  peronda Maritim sedang melaksanakan rondaan rutin telah mengesan dua buah kapal tangki yang merapat di antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan di kedudukan satu  batu nautika dari Labuan sekitar jam 3 pagi.

BUKTI… peralatan yang digunakan semasa pemindahan minyak  dari kapal berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua dua  kapal berkenaan sedang giat melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram  yang gagal  menunjukkan sebarang dokumen daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti pemindahan minyak.

“Selain itu, kawasan kejadian merupakan kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan aktiviti pemindahan antara kapal (Ship-To-Ship Transfer)” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata,  kedua-dua kapal terbabit bersama lapan  orang kru termasuk nakhoda yang berumur lingkungan 30-50 tahun ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

 Kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN