27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Labuan rampas minuman keras pelbagai jenama

RAMPASAN… minuman keras pelbagai jenama yang berjya dirampas oleh APPM zon Labuan, pada Sabtu.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya merampas sejumlah 1,680  tin  minuman keras pelbagai jenama  di perairan Menumbok, Sabah, pada pagi Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh berkata, ketika bot peronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan Op Sejahtera diperairan Labuan telah mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan yang mencurigakan telah bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok.

“Kita telah menahan bot berkenaan dan hasil dari pemeriksaan telah menemukan minuman keras pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam bot terbabit dan dibawa keluar tanpa kebenaran daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Jelas Nudin, dua warga tempatan masing-masing berumur 35 tahun dan 37 tahun yang juga merupakan juragan dan kru ditahan bagi membantu siasatan.

“Bot dan minuman keras berkenaan dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut dan  kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah maritim atau boleh salurkan maklumat kepada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087427999.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN