BOT RONDA Maritim ketika melakukan pencarian awal mangsa berdekatan dengan bot nelayan berkenaan.
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan sedang giat mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru bot yang dikhuatiri lemas selepas melakukan kerja kerja memotong pukat yang tersangkut pada kipas bot berkenaan di perairan Pulau Kuraman, dekat sini, pada petang Sabtu.
Menurut Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nordin Jusoh, pihaknyamenerima maklumat berhubung seorang kru sebuah bot nelayan tempatan dikhuatiri lemas pada jarak lebih kurang 4.4 batu nautika dari Pulau Kuraman.
Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagaiDiniela Rambie, 58, warga Indonesia bersama seorang lagi rakannya dilaporkan telah melaksanakan kerja-kerja memotong pukat yang tersangkut pada kipas bot, namun mangsa tidak timbul selepas keerja kerja selasai.
ā Bot ronda Maritim Malaysia telah diaturgerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan untuk melakukan pencarian awal mangsa, namun mangsa belum ditemuiā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, sebanyak empat aset telah dikerahkan dalam usaha pencarian yang disambung hari ini (Ahad) membabitkan aset dari Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Perikanan.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa berada dilaut.
Sebarang kecemasan katanya, boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan ditalian 087-427999 atau melalui taliankecemasan MERS 999.