SIDANG AKHBAR… Kepten (Maritim), Azwanhadi ketika bercakap pada sidang akhbar bersama pemberita di pejabatnya kelmarin.
LABUAN:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) zon Labuan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pelbagai jenis minuman keras yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000 pada pagi Isnin.
Pengarah Zon Maritim Labuan Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi Idros berkata, bot peronda Zon Maritim Labuan yang sedang menjalankan operasi di perairan Labuan telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan menuju ke arah Tanjung Klias, Menumbok Sabah kira kira jam 12.30 pagi pada Isnin.
“Ketika menghampiri bot terbabit untuk pemeriksaan, tekong bot telah meninggalkan bot berkenaan dengan terjun kelaut dan berjaya melarikan diri berhampiran hutan bakau Tanjung Klias” katanya sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini, pada petang kelmarin.
RAMPAS…sebahagian minuman keras yang berjaya dirampas.
Beliau berkata hasil daripada pemeriksaan lanjut pihaknya telah menemukan sebanyak 5,472 tin minuman keras pelbagai jenama dipercaya dibawa secara haram dan diseludup keluar dari Labuan untuk pasaran tempatan.
Izwanhadi berkata kesemua barang seludup bersama bot telah dirampas dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.