24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

APM tempatkan Pengawal Keselamatan pantai di beberapa kawasan pantai tumpuan pengunjung

RITHUAN (tengah), Siti Janariah (tujuh dari kanan), Hamizi (lima dari kiri) dan Hafiez (enam dari kanan) bersama Pasukan Keselamatan pantai.

LABUAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan LabuanĀ  menempatkan pasukan pengawal keselamatan pantai di beberapa kawasan pantai yang menjadi tumpuan pengunjung melakukan aktiviti rekreasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, APM telahpun mengenali pasti beberapa kawasan pantai yang menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan aktiviti rekreasi pantai dan laut.

ā€œAPM Labuan akan menempatkan pasukan Keselamatan Pantai untuk melakukam pemantauan dan memastikan   pengunjung termasuk pelancong yang menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan pantai  selamatā€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi untuk menempatkan anggota pasukan pengawal pantai APM di pantai Tg.Purun dekat sini, kelmarin.

Hadir Sama, Pegawai Pertahanan Awam (APM) Labuan, Siti Janariah Bacho, Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Mohd Hamizi Halim dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Hafiez Mohd Daud.

Jelas Rithuan, pasukan pengawal keselamatan ini akan dilengkapi  dengan peralatan Keselamatan termasuk jentera ETV.

ā€œMereka sentiasa bersiap siaga intuk memberikan bantuan, jika terdapat sebarang insiden di Laut, sengatan ubur ubur atau kes kes lainā€ katanya.

Tambahnya, selain pantai Tanjung Purun, pihak APM juga akan menempatkan beberapa pasukan lagi untuk ditempatkan di beberapa kawasan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di Pantai Layang Layangan dan Pancur Hitam di Pohon Batu.

Ketika ini Pasukan Keselamatan pantai APM akan melakukan pamatuaan pada hujung minggu (Sabtu/Ahad) dan pada Cuti umum dengan menempatkan dua anggota yang ditugaskan secara bergilir gilir.

Dalam pada itu, Rithuan mengingatkan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti rekreasi di pantai dapat memberikan kerjasama yang baik kepada pasukan yang di wujudkan ini bukan sahaja dapat memudahkan anggota memantau  aktiviti pengunjung tetapi juga menjamin keselamatan para pengunjung yang berada di kawasan pantai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN