30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Anson Yeo juara Golf Amatur Labuan 2022

GAMBAR: JUARA…. Anson menerima hadiah daripada Bashir (tengah) sambil diperhatikan Mohd Anwar.

LABUAN: Anak muda  dari Sarawak, Anson Yeo Boon Xiang  muncul juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Wilayah Persekutuan Labuan 2022  yang berlangsung selama tiga hari di padang Golf Labuan International Golf Club (LIGC) di sini, pada Khamis.

Pemain  berusia 16 tahun itu mencatatkan 219 pukulan mengenepikan  saingan terdekatnya Brandon Lai dari Sabah dengan kelebihan dua pukulan (211).

Dengan kemenangan itu, Anson membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM4,000 dan sebuah piala yang  disampaikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

Terdahulu sebelum itu, Anson Yeo  menjuarai Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak  yang diadakan pada 4 Ogos lalu merupakan kemenangan pertama sebelum menjuarai Kejohanan Amatur Terbuka Labuan  yang sekaligus memburu gelaran ke dua dalam  sirkit  Kejohanan Terbuka Amatur  Malaysia edisi ke 118.

Tempat ketiga dan keempat masing masing menjadi milik  pemain dari Sarawak Ting Siong Hung yang mencatatkan 227 pukulan dan diikuti oleh rakannya Benjamin Ethan Ngelingkong yang merekodkan 229 pukulan.

Kejohanan yang julung kalinya Labuan di pilih sebagai lokasi Sirkit Terbuka Amatur Malaysia 2022 Edisi ke 118 itu dianjurkan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dengan kerjasama LIGC dan  Ms3 Sdn. Bhd.

Seramai 48 pemain golf amatur  dari  Borneo ( Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam) serta dari  Pahang.

Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah itu ialah  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Haji Mahmood, Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Setiausaha Kehormat MGA, Dato’ Zulkifli Dato’ Ismail dan Kapten LIGC, Mohd Jafar Ahmad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN