ANIFAH (tengah) bersama Ketua Jabatan Kerajaan bergambar kenangan selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ketua Ketua Jabatan di Wisma Perbadanan Labuan, pagi Jumaat.
LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Tan Sri Anifah Aman menyeru semua Ketua Ketua Jabatan Kerajaan di pulau ini supaya bekerja sebagai sebuah pasukan dan mengelakkan corak bekerja secara ‘in-solo’.
Dalam waktu yang sama beliau juga mahu kesemua 87 ketua-ketua jabatan yang berkhidmat di pulau ini tidak mempolitikkan dalam urusan pejabat sehingga menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan wakil jabatan yang diadakan di Wisma Perbadanan Labuan, pagi ini (Jumaat).
Pada mesyuarat itu, Anifah yang juga Ahli Dewan Negara turut mendengar pembentangan overview Program/Projek RP3 RMK-12 2023 dan Projek Khas di Wilayah Persekutuan Labuan yang disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (ICU-JPM), Haji Jamaruslam Abdullah.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Haji Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.



