26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota RELA Platun 007, pantau lokasi tanah runtuh Jalan Ranau-Tambunan demi keselamatan pengguna

Anggota Rela Platun 007 Ranau sedang memantau beberapa lokasi berlaku tanah runtuh jalan Ranau-Tambunan.

RANAU: Komitmen tinggi para anggota Rela Platun 007 Ranau untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanakan adalah amat penting meskipun tugas mereka dikategorikan sebagai ‘Berkhidmat  Sukarela’  tanpa mengira lokasi bertugas, cuaca, siang atau malam.

Baru-baru ini, seramai 10 anggota Rela platun itu mengadakan Rondaan Keselamatan pengguna  sepanjang jalan raya antara Ranau- Tambunan  mendapati beberapa lokasi jalan tersebut mulai mengalami tanah runtuh ekoran hujan beberapa hari yang lalu, berbahaya kepada para pengguna berkenderaan.

Ketua Platun 007, Isman Bin Kamil 44, ketika ditemui memberitahu yang anggota platunnya yang juga ahli berlesen Radio Amatur 9W6 dan 9M6 daripada Kelab Radio Harts Ranau, sentiasa bergerak aktif bagi mempastikan  keselamatan  para pengguna.

“Kami bertugas secara ikhlas dan sukarela tanpa mengharapkan  imbuhan atau gaji”, jelas Isman ketika ditemui selepas memantau jalan Ranau-Tambunan dekat Kg.Tungou Ranau yang kerosakan jalan akan dilapurkan kepada Pegawai Rela Daerah (PRD) untuk tindakan lanjut.

Isman menyarankan kepada para pengguna jalanraya antara Ranau-Tambunan agar lebih berhati-hati memandangkan terdapat beberapa lokasi ada tanda-tanda mudah berlaku tanah runtuh jika cuaca tidak menentu (Munsun Timur Laut) antara November 2021 hingga Januari 2022.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN