26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota LEMA komited laksanakan tanggungjawab  keselamatan dan kebakaran libatkan kawasan perindustrian

GAMBAR: KOMITED…. Bashir ( enam dari kanan), Edwin (tujuh dari kanan) bersama ahli LEMA  yang komited menandatangani Buku Manual Prosedur  LEMA

LABUAN: Anggota Labuan Emergency Mutual Aid (LEMA) akan terus komited untuk melaksanakan tanggungjawab keselamatan dan kebakaran sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan atau bencana khususnya yang berlaku di kawasan perindustrian dan juga di kawasan ahl-ahli LEMA.

Bagi merealisasikan  usaha yang diterajui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan itu, 10 agensi yang menjadi ahli LEMA telah menandatangani  Buku Manual Prosedur ‘LEMA’ dalam satu majlis  yang disaksikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail,  pada Jumaat

Majlis yang diadakan di Hotel Dorsett Grand Labuan itu  telah dirasmikan  Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Edwin Galan Teruki dan Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail.

Edwin ketika berucap merasmikan majlis itu berkata, buku panduan LEMA (Pindaan 2021 bagi Tahun 2022)  yang telah dikemaskini  bukan sahaja bertanggungjawab dalam  hal keselamatan kebakaran di kawasan perindustrian tetapi juga berupaya memantapkan hubungan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan syarikat mengenai prosedur kecemasan.

“Dengan adanya buku manual ini, ia sekaligus dapat memberi panduan kepada semua ahli terhadap tugas dan tanggungjawab khususnya dalam aspek keselamatan kebakaran juga bantuan ketika berlakunya sebarang insiden atau bencana yang tidak diingini terutamanya yang melibatkan kawsan perindustrian  minyak dan gas yang terdapat di pulau ini” katanya.

Sementara itu, 10 agensi LEMA yang terlibat dalam menandatangani  buku manual itu ialah  Asian Supply Base Sdn. Bhd., Petronas Chemical Methanol Sdn. Bhd,  Petronas Carigali Sdn, Bhd., Petronas Dagangan Sdn. Bhd.,  Antara Steel Mills Sdn.Bhd., Shell Timur Sdn.Bhd., SEA Hibiscus Sdn. Bhd., Sabah Flour & Feed Mill Sdn. Bhd., Mega Port Management dan Lembaga Pelabuhan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN