Suresh Muniandy
LABUAN: Anak Pengasas penubuhan parti MIC Labuan, Sureh Munaindy dijangka akan menghidupkan semula parti MIC Bahagian Labuan yang telah dibubarkan selepas beberapa bulan BN tewas dalam PRU 14 yang lalu.
Beliau ketika ditemui media pada Rabu menjelaskan bersedia untuk menghidupkan semula MIC Labuan tetapi memerlukan masa untuk mengumpulkan semula masyarakat India yang berminat untuk menyertai semula MIC.
Suresh yang juga bekas Timbalan Setiausaha MIC Labuan dan juga bekas Ketua Cawangan MIC Layang-Layangan berkata penubuhan semula MIC Labuan sudahpun mendapat lampu hijau daripada MIC Pusat.
Malah katanya, Barisan Nasional (BN) Labuan turut mengalu-alukan penubuhan semula MIC Bahagian Labuan.
“MIC Labuan telah dibubarkan dengan melibatkan pengunduran besar-besaran barisan kepimpinan parti selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan, saya bersedia untuk menghidupkan semula MIC katanya.
Justeru itu katanya, beliau akan berusaha sekurang-kurangnya menubuhkan lima cawangan bagi merealisasikan hasrat itu tercapai.
Menurut Suresh MIC Labuan telah dibawa masuk ke Labuan oleh ayahnya Muniandy K. Marimuthu sekitar tahun 1986 dan menjadi indiviudu pertama yang dilantik sebagai Pengerusi MIC Bahagian Labuan sebelum diambil alih oleh kepimpinan baharu pada sekitar tahun 2009.