SERAH…. Azizan menyampaikan wang tunai kepada salah penerima anak OKU pada majlis itu.
LABUAN: Syarikat AMS Trust Limited Wilayah Persekutuan Labuan berokongsi rezeki untuk meraikan golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang kelainan upaya (OKU) pada majlis Berbuka Puasa bersama AMS Trust di Hotel Grand Dorset di sini, pada Sabtu
Seramai lapan orang warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya diraikan serta menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Pengarah AMS Trust Limited, Azizan Mohd Som.
Terdahulu sebelum itu, syarikat yang beroperasi di Labuan itu turut menyantuni dua buah keluarga kurang bernasib baik masing masing di Kampung Pohon Batu dan Lubok Temiang menerusi Program Ziarah Kasih AMS Trust.

DIRAIKAN…. Golongan asnaf yang diraikan bergambar kenangan bersama tetamu jemputan majlis berbuka puasa AMS Trust.
Menurut Azizan, program Ziarah Kasih AMS Trust merupakan program tanggung jawab sosial korporat yang dilaksanakan setiap tahun bagi membantu masyarakat Labuan khususnya kepada golongan yang tidak berkemampuan.
“Kami berharap melalui program yang memasuki tahun ke lima ini akan dapat membantu meringankan beban golongan tersebut di bulan Ramadan.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park, Johari Mesar, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Dr Ramli Tahir dan Timbalannnya, Datuk Gapilin Nasaruddin.