Keadaan van yang merempuh ambulans itu
RANAU: Dua individu mengalami kecederaan manakala seorang selamat selepas sebuah van yang dipandu hilang kawalan merempuh sebuah ambulans dan beberapa kenderaan lain dekat sini pada Jumaat.
Ketua Balai BBP Ranau PPgB Rantey Fred berkata, kejadian berlaku berdekatan SK Pekan 2, Jalan Ranau-Kundasang pada kira-kira jam 11.43am.
“Panggilan diterima melalui Talian Balai tentang insiden tersebut lalu kita menggegaskan sekumpulan Lima orang anggota diketuai Komander Operasi, PBK II New Mond None@Paulus ke lokasi berkenaan.
“Setiba di tempat kejadian yang terletak 2 kilometer dari Balai Bomba Ranau, kita mendapati berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis Van Vannate bertembung dengan kenderaan Ambulan KKM.
Terdapat 3 orang mangsa, seorang mangsa pemandu Ambulan tidak mengalami sebarang kecederan, seorang mangsa pesakit dikeluarkan Pasukan Bomba dan dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS, dan seorang mangsa lagi pemandu van mengalami cedea tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba,” katanya.
Rantey berkata, pemandu van diserahkan kepada pihak Polis kerena bertindak agresif kepada pasukan penyelamat.
Setelah memastikan keadaan terkawal dan tiada kemerbahayaan lain, katanya, operasi ditamatkan pada jam 12.09pm.



