30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

AMALAN ZIARAH, BANTU TENANGKAN HATI MEREKA YANG DIZIARAHI

Tangkim (3 dari kiri) dan Sainah (duduk) semasa diziarahi Abidin

AMALAN menziarahi seseorang sememangnya sudah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Apa yang uniknya amalan ini ialah menziarahi tanpa mengenal peringkat usia, latar belakang, kaum dan fahaman seseorang.

Biasanya semasa ziarah, yang diziarahi itu akan menerima buah tangan daripada si pelawat. Namun bagi mereka yang terlantar sakit, ini mungkin bukanlah sesuatu yang diharapkan, yang penting sekurang-kurangnya hati mereka tenang dan hilang rasa sedih walaupun buat seketika waktu.

Apapun, kehadiran seseorang itu pastinya akan meninggalkan kesan mendalam buat mereka yang sedang berduka. Jika dukanya kerana sakit, bukan setakat mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya, malah mungkin menyembuhkan penyakitnya dengan keizinan Tuhan yang maha kuasa disertai iringan doa si pelawat.

Amalan menziarahi seseorang, tidak pernah dibatasi hanya kepada keluarga, saudara, sahabat dan jiran tetangga tetapi juga mereka yang benar-benar tidak kita kenali.

Apatah lagi jika yang datang itu adalah golongan atasan atau pun para pemimpin kerajaan yang disegani dan dihormati. Seperti yang berlaku di dua buah kampung baru-baru ini, yang menziarahi bukanlah di kalangan orang-orang biasa yang tidak punya apa-apa gelaran tetapi seorang pemimpin bergelar Yang Berhormat.

TERHARU….Aping terharu diziarahi Datuk Abidin

Pada minggu lalu, empat orang wargatua yang sakit menerima kunjungan YB Datuk Abidin Madingkir, ADUN N38 Paginatan. Mereka ialah Tangkim Sodomon, Sainah Paddas, Aping Gabong dan Jelly Garot.

Aping Gabong (Kampung Longut) semasa menerima lawatan, beliau terasa begitu terharu sekali didatangi oleh YB tersebut.

“Saya benar-benar terharu dengan kedatangannya. Belum pernah ada pemimpin yang datang sebelah malam. Saya tidak akan lupa kunjungannya. Terimakasih Datuk Abidin semoga Tuhan memberkati,” kata Aping Gabong.

Tangkim Sodopon (Kampung Kodop) turut berasa terharu bila mendapat tahu beliau dan isterinya Sainah Paddas akan dikunjungi oleh Datuk Abidin. Beliau yang mengalami masalah penglihatan telah dihubungi oleh Pengerusi JPKK Kampung Kodop sebelumnya, bahawa jika ada kesempatan Datuk Abidin akan menziarahi mereka berdua selepas program pemimpin bersama rakyat di Kampung Kigiwit.

“Saya begitu terharu kerana Datuk Abidin singgah melihat keadaan kami. Walaupun mata saya tidak dapat melihat jelas rupa Datuk Abidin tetapi saya dapat melihat hatinya mulia,” katanya.

Menurut sumber, tujuan rombongan Datuk Abidin ke Kampung Kigiwit adalah untuk merasmikan Dewan Terbuka serta menyempurnakan majlis penerimaan borang pembentukan Cawangan STAR di empat buah kampung iaitu Kampung Barambangan, Kampung Kigiwit, Kampung Suminimpod dan Kampung Kodop.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN