25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Amalan gotong-royong perlu dikekalkan untuk generasi hari ini: Robert

Robert (duduk keenam dari kanan) bergambar bersama peserta gotong-royong itu.

KENINGAU: Amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, amalan gotong-royong bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Katanya, amalan gotong royong perlu dibudayakan kerana ia telah diamalkan oleh nenek-moyang dan kini diwarisi sehingga hari ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa menyertai Program Gotong-Royong Perdana Pekan Bingkor anjuran Wiranita StarSabah N.40 Bingkor pada Sabtu.

Seramai lebih kurang 250 orang menyertai gotong-royong itu mewakili 16 kumpulan yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Antaraya yangPolis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Keningau, Rela, Klinik Kesihatan Pekan Bingkor, Majlis Daerah, Bomba, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor, Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , PIBG SK Bingkor, Mahkamah Anak Negeri N.40 Bingkor, JKKK, JKDB, Parti-Parti Kompenen GRS ( USNO, PGRS, STARSABAH,) GEREJA, Persatuan Bola Sepak Bingkor, Persatuan Penjaja Bingkor, Pemimpin Pemimpin masyarakat dan Masyarakat di sekitar Pekan Bingkor.

Robert menyifatkan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan anjuran Wiranita StarSabah N.40 Bingkor itu memang memberi manfaat kepada penduduk di sekitar pekan Bingkor.

Katanya, kerja yang berat jika dilakukan secara bergotong-royong menjadi ringan dan dapat diselesaikan dengan cepat.

“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan masyarakat hari ini” tambahnya.

Pada masa sama Robert merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, swasta, NGO dan Masyarakat atas penyertaan menjayakan program tersebut.

Beliau juga berharap agar program serupa ini diteruskan dan dijadikan program tahunan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN