26 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Alviana Linus menang Ketua Bahagian STARSABAH Melalap

Alviana (tiga dari kiri), Julianus (empat dari kiri), Wong (tiga dari kanan), Marinu (dua dari kanan), Gosibin (kanan), Adriana (dua dari kiri), Cheld (kiri) dan Pengerusi Tetap Ansabung Kulaya (empat dari kanan) bersama AJK Bahagian yang menang.

TENOM: Puan Alviana Linus menang Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) N.42 Melalap dalam pertandingan dua penjuru merebut jawatan nombor satu bahagian itu.

Alviana yang memperolehi 365 undi menewaskan pencabarnya Datuk Dr Lucas Umbul yang mendapat 265 undi dengan majoriti 100 undi.

Sebelum ini Alviana memegang jawatan Ketua Wiranita STARSABAH Bahagian Melalap.

Timbalan Ketua Bahagian yang turut menyaksikan pertandingan dua penjuru dimenangi oleh Julianus Cyriacus yang mendapat 327 undi menewaskan lawannya Jimmy Jawatah yang memperolehi 262 undi dengan majoriti 65 undi.

Tiga jawatan Naib Ketua Bahagian yang menyaksikan pertandingan enam penjuru masing-masing dimenangi oleh Wong Tet Loi (kouta Cina) 376 undi, Marinu @ Nicholas Kilan 362 undi dan Gosibin Yasundang 298 undi.

Tiga calon yang tewas dalam pertandingan jawatan Naib Ketua Bahagian iaitu Simon Unang 244 undi, Jubin Kinsil 186 undi dan Teo Li Fui 184 undi.

Manakala bagi pertandingan merebut tujuh jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yang menyaksikan pertandingan 14 penjuru dimenangi oleh Baidos Bakaro 367 undi, Justin Sapou 346 undi, Mohd Nizamuddin Hassan 331 undi, Ranjit Rasio 291 undi, Hanif Steven 288 undi, Jaidi Nariu 278 undi dan Gaidim Lajah 277 undi.

Tujuh lagi calon yang tewas dalam pertandingan jawatan AJK Bahagian ialah Fellicssimo Martin 272 undi, Atong Keningkod 262 undi, Raya Amat 244 undi, Mohd Anuar Abdullah 238 undi, Steven Abel 220 undi, Petrus Hendrikus 201 undi dan Karabat Gutus 197 undi.

Sementara itu Ketua Bahagian Wiranita dan Wiramuda masing-masing dimenangi tanpa tanding oleh Adriana Rantin dan Cheld Lind.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN