ADVERTISEMENTspot_img

Althur Sen rami Mesyuarat Agung PBS Bahagian Labuan kali 40.

Althur Sim (tengah) bersama kepimpinan PBS Bahagian Labuan pada Mesyuarat Agung PBS Bahagian Labuan ke 40.

LABUAN: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri Sabah, Althur Sen merasmikan Mesyuarat Agung PBS Bahagian Labuan kali ke 40 yang diadakan di sini pada Sabtu

Hadir sama Ketua PBS Bahagian Labuan Datuk Peter Mak.

Turut hadir kepimpinan PBS Pusat dan jawakuasa PBS Bahagian Labuan serta kepimpinan parti gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Labuan.

Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Labuan pada kali ini diselaras oleh pengerusi penyelaras persidangan Jupirin Ambului.

Terdahulu, Peter Mak ketika berucap menyuarakan agar kerajaan Negeri Sabah dapat mewujudkan satu Kementerian yang dapat mentadbir hal ehwal komuniti bumiputera Sabah yang bermautautin di Labuan.

Mengulas perkara itu, Arthur Sen menyeru kepada kepimpinan parti komponen GRS di Labuan untuk menyediakan satu rangka kertas kerja untuk diangkat kepada Ketua Menteri.

“Saya fikir Sabah dan Labuan ini berasal dari sebuah negeri yang sama dan sudah tentulah apabila di wilayahkan mungkin ada gap-gap yang perlu kita lihat semula bukan tujuan untuk berkonfrontasi dengan mana-mana pihak tetapi untuk memperhalusinya agar objektif itu dapat dicapai demi kemakmuran rakyat”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN