26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Akuatik Labuan raih 23 pingat emas di 13th Penampang Under-12 Preppies Swimming Championship

TIONG HO HEE (kanan) dan Nurul Shafiqah (kiri) bersama perenang muda PAL yang muncul Naib Juara di 13th Penampang Under-12 Preppies Swimming Championship.

LABUAN:  Persatuan Akuatik Labuan (PAL) muncul naib johan keseluruhan di Kejohanan 13th Penampang Preppies Swimming Championship 2023 yang diadakan di Penampang Swimming Pool baru-baru ini.

Kejayaan itu dicapai selepas perenang muda PAL memperolehi 23 pingat emas, 11 perak dan 17 gangsa.

Dengan kejayaan itu, PAL berjaya mengekalkan kedudukan pasukan kedua terbaik keseluruhan sekaligus menyamai pencapaian pada tahun lalu.

Kem PAL terus ceria selepas dua perenang mudanya, Edward Ngok Shao Han (Lelaki 8 tahun) dan Skye Teo Ye Xiang (Lelaki 9 tahun) telah dinobatkan sebagai Perenang Terbaik peringkat umur di kejohanan tersebut.

Pengurus pasukan, Tiong Ho Hee berpuas hati dengan pencapaian perenang muda PAL di kejohanan tersebut.

“Perenang-perenang muda PAL berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan di kejohanan renang tersebut,”katanya.

PAL telah menghantar seramai 38 perenang muda untuk menyertai kejohanan tersebut yang dibimbing ketua jurulatih, Nurul Shafiqah Mohd Faizal.

“PAL mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sokongan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung,”katanya.

Beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih, Nurul Shafiqah Mohd Faizal yang berusaha gigih memastikan perenang Labuan sentiasa memberikan saingan sengit kepada perenang lain.

Tiong Ho Hee berharap lebih banyak kejayaan akan dimenangi perenang muda PAL di pertandingan akan datang.

Kejohanan renang tersebut disertai oleh 6 kelab-kelab renang di Sabah dan PAL sebagai wakil jemputan dari Wilayah Persekutuan Labuan bagi kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN