26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti sukan penting jamin aspek 3K: Robert

Yazid menyempaikn sijil penghargaan keoada pegawai teknik sukan itu.

KENINGAU: Aktiviti sukan amat penting menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan (3K).

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, aktiviti sukan yang melibatkan Guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekaligus mengeratkan tali silaturrahim dan muhibah. 

“Aspek-aspek ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan untuk membina negara bangsa, membangun modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Bola Baling Inter-Zone Keningau 2023 Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPPS) Daerah Keningau.

Katanya, sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.

Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Biro Pendidikan dan Media DUN N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyeru kepada semua warga pendidikan daerah Keningau untuk menjadikan PSKPPS ini satu platform untuk bersatu hati menetapkan tekad dan azam untuk menggenggam kejayaan agar dapat melakar kemenangan yang paling manis dalam Pesta PSKPPS Tahun 2023 yang akan berlangsung di daerah Kudat dalam masa yang terdekat ini.

Katanya, kejayaan yang diperolehi akan memberikan inspirasi yang berterusan kepada seluruh warga pendidik di daerah Keningau untuk menjulang kegemilangan sukan selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, Rohani, intelek dan sosial (JERIS).

“Rebutlah peluang untuk menggilap bakat masing-masing serta mencari potensi baru untuk pasukan Keningau. Di pihak saya sendiri , akan cuba memberikan sokongan untuk meringankan sedikit sebanyak keperluan yang boleh membantu pasukan Keningau bertanding tanpa masalah” katanya.

Sokongan moral sebegini katanya, diharapkan dapat memberikan keringanan kepada sebarang perkara yang diperlukan

Beliau berharap, PPD Keningau akan terus berkembang maju dan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan juga.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN