31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti Mengasok, Menugal masih aktif diamalkan masyarakat Dusun Ranau

MANGASOK….Antara penduduk Kg.Sosondoton yang menjayakan proses menugal di kampung mereka.

RANAU: Aktiviti Mengasok atau Menugal masih aktif diamalkan masyarakat kaum Dusun di Ranau.

Panggilan nama sinonim yang digunakan oleh kaum Dusun di Ranau bagi aktiviti menanam padi di kawasan tanah tinggi padi huma telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh moyang mereka.

Namun ianya terhenti seketika ketika negara dan dunia dilanda pandemik Covid19 selama 2 tahun dan aktiviti mengasok atau menugal itu kini dilaksanakan semula.

Mangasok atau Menugal ini dilaksanakan setahun sekali iaitu diantara bulan Mei-Jun, Julai atau Ogos kerana pada bulan-bulan tersebut cuaca adalah sangat sesuai dan setabil bagi tumbesar padi bukit.

Menurut kaum Dusun Kg.Sosondoton Ranau, mengasok atau menugal dilakukan oleh masyarakat setempat sesebuah kampung secara bergilir antara penduduk setempat secara ‘Mitatabang’ (bergotong-royong).

Sesungguhnya,budaya ‘Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing’ menjadi tunjang utama dan masih menjadi satu kebiasaan para penduduk kampung khususnya masyarakat kaum Dusun di daerah Ranau yang terkenal dengan kerajinan serta ketekunan mereka dalam menjayakan kerja-kerja ladang.

Menurut adat kaum Dusun Kg.Sosondoton, untuk memulakan acara mengasok atau menugal itu didahuluhi oleh orang tua yang pandai berkomunikasi dengan ‘Babarayon’ semasa meletakan benih padi yg hendak ditanam.

Ini adalah bertujuan agar padi tumbuh dengan baik dan menghasilkan buah padi yang banyak serta lumayan.

Setelah selesai mengasok atau menugal tuan rumah akan menjamukan dengan makanan mengikut kemampuan tuan rumah seperti nasi, lauk, kueh, tapai manis juga air minuman ringan kepada rakan-rakan yang hadir menjayakan acara ‘Menugal’ yang dijalan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN