25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti lasak, tempat menarik, Ranau terus jadi pilihan

KENANGAN ..Adriana (kanan) dan rakannya  Everyeline semasa mengukuti Mount Kinabalu Sky Bike dekat Kg.Kigiok Ranau.

RANAU: Semenjak pelaksanaan Endemik Covid-19, bilangan pelancong dari dalam dan luar negeri ke Sabah ‘ Negeri Di Bawah Bayu’ kini semakin bertambah  termasuk mereka yang yang ingin mengikuti aktiviti lasak seperti 
mendaki Gunung Kinabalu yang bagi mereka memang mencabar dan menyeronokkan.

Menurut mereka ktiviti mendaki Gunung Kinabalu gunung Tertinggi di Asia Tenggara sudah pasti memberi satu ilmu pengetahuan dan menguji ketahanan fizikal dan mental.

Itulah pengalaman yang dilalui  dua orang pengunjung dari Kota Kinabalu,  Cik Aderina Binti Fedelis 24 bersama rakannya Cik Eveyeline Sigah 24  yang meluahkan kegembiraan mereka semasa berkunjung ke daerah Ranau dan mengikuti aktiviti Pragliding antarabangsa dekat Kompleks Sukan Ranau dan Mounth Kinabalu Sky Bike dekat Ranau Rabbit Farm(RRF) Kg.Kigiok Ranau baru-baru ini.

Menurut mereka lokasi menarik untuk dilawati di Ranau dan Kundasang memang memberi seribu satu kenangan yang memang sukar dilupakan malah  suatu pengalam serta sejarah tersendiri dalam kehidupan seseorang.

“Selain Gunung Kinabalu, Pragliding dan Mounth Kinabalu Sky Bike, mendaki Bukit Sosodikon Kundasang juga mencabar namun menyeronokkan”, jelas Adriana.

Mereka juga mengunjungi Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Mosilou, Sabah Teh Nalapak, Pusat Tagal Luanti dan Bombon Marakau Ranau.

“Selain daerah Ranau dan Kundasang kami juga ke Jambatan Tamparuli dan ke Rumah Tebalik Tamparuli yang juga tidak kurang menarik untuk dikunjungi”, tambah Everyeline.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN