SIMSUDIN ketika melakukan pemeriksaan kesihatan sempena program tersebut.
LABUAN: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program kecergasan bagi menjana kesihatan dan kesejahteraan demi menjamin kelangsungan hidup rakyat, kata Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Kecergasan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
Teks ucapan beliau di bacakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.
Menurut Anifah, Penganjuran karnival kecergasan amat bertepatan kerana kecergasan merupakan keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga dan dapat mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal serta dapat mengurangkan faktor kesihatan.
Beliau berkata, mengikut laporan NHMS 2019, didapati hanya 25.1 peratus orang dewasa menjalani hidup tidak aktif, walaupun terdapat peningkatan berbanding tahun 2015 iaitu 33.5 peratus, namun kadar penyakit tidak berjangkit tidak berubah malah masih meningkat dan terdapat keperluan untuk terus mempromosikan hidup sihat aktif di kalangan masyarakat negara ini.

PASUKAN MPP yang terlibat dalam menjayakan Program Kecergasan Peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
“Hidup aktif dan melakukan aktiviti kecergasan merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan risiko masalah penyakit khususnya penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, penyakit jantung, obesiti, diabetis dan sebagainya” katanya.
Program tersebut yang antara lain bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera selaras dengan objektif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya termasuklah sukan rakyat, pertandingan Aerodance, petanque, Tarik tali serta pemeriksaan kesihatan.
Karnival Kecegarsan peringkat Labuan dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dengan mendapat kerjasama rakan strategik termasuk Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr.Francis Paul dan Ketua Ketua Jabatan Kerajaan serta swasta.