31 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

“Akhirnya Kebenaran Terjawab, Saya Bukan Bapa Ayam”- Tauke

Pelawak popular, Tauke Jambu meluahkan rasa syukur kebenaran akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan dia bukan individu yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Bagaimanapun, Tauke berharap pihak di luar sana berhenti memfitnah dirinya. Ujarnya, meskipun dia sudah menjelaskan sebelum ini, namun ada pihak yang tidak percaya.https://9f86cf0737197e62ad68d105fdf52da1.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

BACA: Tauke Nak Saman Individu Sebar Fitnah

“Syukur akhirnya kebenaran terjawab. Saya bukan bapa ayam seperti didakwa. Keluarga juga lega apabila mendapat tahu saya benar-benar tidak bersalah.javascript:false

“Jadi, mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak betul sebelum ini harap dapat membersihkan nama saya. Walaupun sebelum ini saya sudah berterus terang, tetapi ramai tidak percaya.

“Takkan saya mahu mencanang kepada semua orang bahawa saya tidak salah dan tak mudah untuk saya melenyapkan fitnah yang menimpa saya ,” katanya.

Mengakui sedih apabila keluarganya turut terkena tempias kerana isu tersebut, Tauke berkata dia nekad untuk meninggalkan industri huburan. Ujarnya, dia percaya bahawa pasti ada rezeki untuknya dan mahu fokus dengan perniagaan.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi. Jika saya seorang dikecam dan dihina, tidak mengapa. Namun, saya lebih sedih apabila ada yang turut mengheret anak-anak dan keluarga.

“Disebabkan itu, saya tekad dengan keputusan meninggalkan industri hiburan. Lebih baik, saya melakukan kerja lain daripada terus menjadi mangsa tohmahan dan cacian.

“Banyak lagi yang boleh saya lakukan, rezeki Allah yang bagi dan ada di mana-mana saja. Jadi buat apa saya nak takut. Sekarang saya mahu mengutamakan keluarga dulu dan fokus pada perniagaan kecil-kecilan,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan pelawak yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pemerdagangan manusia tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah. -RotiKaya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN