31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Aidilfitri tetap meriah walaupun disambut dalam kalangan keluarga

0leh: Jainuddin Nasir

RANAU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri, meskipun dalam suasana pandemik Covid-19, namun tetap meriah dan mampu memupuk perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan rakyat tanpa mengira suku kaum. Agama dan idologi politik.

Demikian yang dapat dilihat suasana sambutan keriangan terpancar dikalangan penduduk  Kg.Sinisian  Kundasang menghimpunkan  saudara terdekat mereka yang bilangannya dihadkan tidak lebih 20 orang pada satu-satu masa dengan pematuhan SOP yang ketat.

Salah seorang ketua keluarga yang sempat ditemui, Mariana Binti Taliban menyifatkan sambutan Hari Raya sejak dua tahun lepas ternyata berbeza dengan sambutan sebelumya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian  Covid-19 yang kini belum pasti bila akan berakhir.

“Suasana Hari Raya tahun ini amat mencabar kerana seisi keluarga tidak dapat berkumpul bersama disebabkan larangan rentas daerah.

“Apapun kita akur dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk pematuhan SOP yang dikuat-kuasakan”, jelas Mariana mewakili keluarganya.

MENJAMU SELERAā€¦.Sebahagian lagi saudara terdakat Mariana.

Beliau mengajak semua pihak supaya sentiasa mematatuhi arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian  Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Mariana yang juga seorang pengusaha Inap Desa Walai Tokou Kg.Sinisian turut mengakui cukup terjejas dengan pandemik Covid -19 bila mana tidak ada pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Inap Desanya berikutan Covid-19  melanda sejak awal tahun 2020.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN