26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Persatuan Teksi Keningau terima bantuan bakul makanan daripada Robert Tawik

Gambar – Robert (tiga dari kanan)menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Vedelion.

KENINGAU:Seramai 60 orang pemandu yang terdiri dari ahli Persatuan  Teksi Keningau menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada Pengerusi Persatuan Teksi dan kereta Sewa Keningau Vedelion George.

Robert berharap dengan adanya bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pemandu  yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang kini masih berkuatkuasa. 

Pada masa sama Robert menasihati agar pemandu-pemandu teksi dan masyarakat di daerah ini sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkn oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ).

Robert (kiri)menyampaikan bantuan kepada David.

Beliau juga meminta semua pemandu teksi sedia menerima vaksin dan  mendaftar diri melalui Mysejehtera  atau terus ke Pusat-Pusat Pemberian Vaksin yang berhampiran.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Teksi Dan Kereta Dewa Daerah Keningau Vedelion George mewakili pemandu-pemandu teksi merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Robert atas kemurahan hati memberikan sumbangan bakul makanan kepada ahli-ahli persatuan.

“Sumbangan tersebut amat bermakna sekali kepada kami, sebagai pemandu yang amat terjejas mata pencarian dan terkesan dengan PKP disebabkan oleh Pandemik Covid19” kata Vedelion.

Pada hari yang sama ADUN Bingkor itu menghantar bantuan bakul makanan kepada Diocesan Pastoral Centre Keningau, diterima oleh father David Gasikol, 

Bantuan tersebut diagihkan kepada seramai 10 orang telah dikuarantin di SFX Keningau.

Robert juga berharap semoga bantuan ini dapat membantu mereka yang dikuarantin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN