26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Perniagaan  Labuan dan Sabah dipelawa terokai perniagaan di Kalimantan

CENDERAHATI…Wong Kee Yii ketika menyampaikan cenderahati kepada Bapak Rafail sempena sambutan Tahun Baru 2023 di Labuan.

LABUAN: Ahli perniagaan Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah dipelawa untuk melabur  dan  menerokai beberapa  peluang  perniagaan di Kalimantan khususnya dalam industri kuasa hidro, minyak dan gas serta perikanan dan perhutanan.

Demikian diberitahu oleh Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru 2023 anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee dan  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Beliau berkata pelawaan itu sesuai dengan arus  pembangunan pesat di Kalimantan khususnya Kalimantan Timur  yang bakal menjadi ibu negara baharu Rupbalik Indonesia pada 2024.

Selain itu kata  Rafail usahawan dari kedua dua wilayah itu juga boleh menerokai  dalam bidang hartanah, perhotelan, tenaga  dan infastruktur dan juga perladangan kelapa sawit.

Beliau percaya jarak yang dekat antara Kalimantan, Sabah dan Labuan memberi prospek yang baik hubungan perniagaan pada masa depan.

“Kami yakin jarak antara Sabah dan Labuan yang begitu dekat bukan sahaja memberi prospek yang baik dari segi perniagaan tetapi juga hubungan sedia ada yang lama terjalin” katanya.

Rafail turut yakin pembinaan jalan raya Pan Borneo yang semakin rancak pembinaannya akan memudahkan lagi  usahawan dari kedua dua Wilayah ini untuk datang ke Kalimantan.

Kalimantan yang terletak di Kepulauan Bornao dengan keluasan lebih 539,200 kilometer terbahagi kepada lima wilayah yang masing-masing dikenali sebagai Kalimantan Utara (Kaltara), Kalimantan Timur (Kaltim), Kalimantan Selatan (Kalsel), Kalimantan Tengah (Kalteng) dan Kalaimantan Barat (Kalbar).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN