30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Ranau terus berusaha bantu rakyat

Jalan raya ke kawsan pertanian Kg.Tumbalang juga sudah siap.

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin melaksanakan usaha secara berterusan untuk menyalurkan sumbangan  peruntukan kewangan bagi membantu melaksanakan pelbagai projek insfrastrukur untuk memberi manfaat kepada rakyat akar umbi kawasan P.179 Ranau.

Antara projek yang telah dilaksanakan ialah Pembaikan Masjid Kg.Libang (RM20 ribu), Pembinaan Jalan ke kawsan tanah pertanian Kg.Tumbalang (RM50 ribu) dan pembinaan Tandas Gereja  Kg.Tumbalang (10 ribu).

Penduduk kampung-kampung terlibat merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jonathan yang mereka sifatkan seorang pemimpin, dan pembela nasib rakyat.

Terdahulu Pegawai Pemantau projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman ketika ditemui mengharapkan penduduk supaya memanfaatkan sebaik mungkin projek-projek yang telah siap dibina itu untuk keselesaan mereka.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN