30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Jawatankuasa KCCI Labuan yang baharu terima lantikan sesi 2022-2025

PAUL… (duduk dua kiri), Ladislaus (duduk tengah) bersama barisan kepimpinan KCCI Labuan sesi 2022-2025.

LABUAN:Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perusahan Kadazan Dusun (KCCI) Wilayah Persekutuan Labuan bagi sesi 2022-2025 menerima lantikan pada majlis pertabalan KCCI yang diadakan di salah sebuah hotel di sni,pada Sabtu.

Majlis pertabalan dan aku janji itu telah dilakukan dihadapan Presiden KCCI Malaysia, Datuk Ladislaus Madula.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan, Datuk Dhalip Singh, Ahli Lembaga Pengarah Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd,  Datuk Peter Mak, Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Kadazan Dusun (KDCA) Labuan, Jerome Mijin dan wakil Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Chia Sia Teng serta Datuk Ronald James Majaing.

Mendahului acara pertabalan dan aku janji itu ialah Pengerusi KCCI Labuan yang baharu, Paul Ipoh Loekin diikuti Timbalannya Mike Majih, Setiausaha, Peter Pikul, Timbalan Setiausaha,  Edith Joinin dan Bendahari, Laurin Julai.

Turut menerima pertabalan pada majlis itu ialah  enam ahli jawatankuasa KCCI yang terdiri Datin Herin Lumpisau, Walther P. Michael, Sheiron Chang, Goerge Sidis Majamin, Jupirin Ambului dan San Cassie Clifford.

Terdahulu, Paul ketika berucap pada majlis itu  menjelaskan KCCI Labuan telah ditubuhkan pada tahun 2004 namun itu kurang mendapat perhatian.

Beliau berharap pelantikan jawatankuasa KCCI  yang baharu bagi sesi 2022-2025 dapat memainkan peranan yang lebih efitif  demi memperkasakan ekonomi ahli ahli usahawan dan peniaga  KDM khususnya di Labuan.

“Kita seharusnya berpandangan jauh kehadapan demi generasi kita yang akan datang supaya kita dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan dewan dewan perniagaan yang lain” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN