Antara ratusan penjaja sayuran segar tanah tinggi di Tamu AIM Ranau.
RANAU: Para ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Ranau, terus mengorak langkah positif mempelbagaikan inisiatif mempamer dan menjual produk mereka di tamu Mingguan AIM yang diadakan setiap Ahad di tapak tamu bulanan daerah.
Sesungguhnya tamu AIM itu adalah antara dua lagi tamu mingguan yang lain iaitu,Tamu FAMA hari Rabu dan Tamu Mingguan hari Sabtu.
Ahad lepas Tamu AIM telah membuka tirainya sempena Tahun Baharu 2023 dengan pelbagai acara untuk.menarik orang ramai supaya berkunjung ke tamu berkenaan yang bermula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang dimulakan dengan acara Senam Robik seterusnya Karaoke terbuka, sukanika kategori kanak-kanak dan banyak lagi.
Kalau anda berkunjung ke tamu AIM Ranau, pastinya tertarik dengan acara-acara yang disediakan selain berpeluang membuat pilihan pelbagai sayuran segar tanah tinggi produk para petani dari beberapa buah kampung sekitar daerah Ranau menawarkan harga mampu milik.
Sementara itu Pengerusi JKDB Ranau, Tan Eng Sing yang turut hadir di tapak Tamu AIM itu, menyeru orang ramai dan para penjaja supaya mempastikan kebersihan tapak tamu agar sentiasa terjaga bagi mengelak daripada timbul sebarang penyakit yang mungkin disebabkan keadaan yang kotor.
“Kebersihan adalah tanggungjawab bersama tanpa menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan (MDR)”, jelas Tan sambil mengharapkan kepada orang ramai supaya mengamalkan pemakaian Pelitup Separuh Muka untuk mengelakan jangkitan Covid-19 yang kini belum terhapus sepenuhnya menjangkiti penduduk seluruh dunia termasuk Malaysia.
              Â