ADVERTISEMENTspot_img

Ahli-Ahli Mahkamah Anak Negeri diminta beri kerjasama kepada Pegawai Daerah.

Robert (duduk tengah) diapit oleh Pegawai Daerah Keningau Neldin Gimbang dan Ketua Daerah N.40 Bingkor Daniel Palangi.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta agar Ahli-Ahli Mahkamah Anak Negeri memberi kerjasama kepada Pegawai Daerah.

Katanya, Ahli-Ahli Mahkamah sentiasa merujuk kepada Pegawai Daerah jika ada keperluan berhubung kait dengan hal ehwal adat istiadat.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Dan Suai Kenal Pegawai Daerah Keningau yang baharu Neldin Gimbnag Dengan Ahli-Ahli Mahkamah Anak Negeri Daerah Keningau N.40 Bingkor dan N.41 Liawan di Mahkamah Anak Negeri Keningau pada Selasa.

Pada masa sama Robert meminta Ahli-Ahli Mahkamah yang bertanggungjawab dengan hal ehwal anak negeri dan adat istiadat agar menjalankan jujur dan ikhlas semasa mengandalikan kes-kes yang berkaitan dengan adat istiadat.

Ini katanya bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat dan menjaga imej Mahkamah Anak Negeri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN