31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Agong  berkenan mencemar duli santuni warga Labuan  sempena Nr Ramadan

GAMBAR: Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong berkenan mengurniakan sumbangan kepada salah seorang anaf sempena Program Nur Ramadan di Masjid Jamek An Nur Labuan.

LABUAN:  Seri Peduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah  dan Seri Pedukan Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  berkenan mencemar duli menyantuni warga Labuan sempena Majlis Nur Ramadan di Masjid Jamek An-Nur pada malam semalam (Jumaat).

Pada majlis itu baginda berdua mengurniakan sumbangan kepada 100 asnaf yang terdiri fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

Selain itu baginda berdua juga berkenan mengurniakan sumbangan kepada pelajar tahfiz dari tiga buah pusat tahfiz yang ada di pulau ini.

Baginda berdua telah diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji  Mokhtar dan  Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk  Dr Luqman  Abdullah.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah   dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan ini mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua dalam menyantuni golongan asnaf dan miskin.

Program tersebut adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dalam mengeratkan ikatan ukhuwah, persaudaraan dan menghargai kehidupan serta masyarakat sekeliling khususya warga Wilayah Persekutuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN