31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Agensi Keselamatan adakan Lawatan ke sekitar perairan Labuan

Para Pegawai yang  menyertai lawatan itu ketika beradal di atas Kapal KM ADIL yang ditugaskan untuk membawa mereka di kawasan perairan Labuan

LABUAN:Seramai 22 Pegawai daripada 10 agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan di pulau ini dibawa melawat ke beberapa kawasan kepentingan Strategik  Negara yang melibatkan kawasan Cari Gali Minyak  Semarang dan Sumandak di perairan Labuan.

Lawatan yang sekaligus merupakan  tugasan pemantauan keselamatan perairan Labuan itu diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Haji Idris berkata,  lawatan tersebut  bertujuan untuk meninjau kawasan pelantar Minyak yang akan terlibat dalam Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 70/2024  pada September tahun ini.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan  kerjasama dan pertukaran maklumat khususnya mengenai ancaman keselamatan di perairan Labuan”, katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Antara agensi yang terlibat dalam Lawatan itu Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysian (APM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Perbadanan Labuan.

Izwanhadi berharap kerjasama antara agensi Keselamatan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diteruskan dari masa kesemasa bagi memastikan keselamatan perairan negara beradal  ditahap tertinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN