30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan sumbang 10 ekor lembu Korban

Sebahagian lembu korban Aidiladha yang telah diagihkan kepada Masjid dan Surau di Daerah Nabawan.

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyumbang 10 ekor lembu korban Hari Raya Aidiladha 2022 bagi Masjid dan Surau di daerah ini. 

Sumbangan ADUN Nabawan yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah itu diagihkan masing-masing dua ekor bagi Masjid Al-Hidayah Nabawan dan Masjid Kampung Bahagia manakala masing-masing satu ekor bagi Surau Kampung Dua Ria,  Surau Al-Falah Kampung Murni, Surau Al-Hikmah Sarikan, Surau Al-Fatah Kampung Tetagas, Surau Kampung Pamuntarian dan Surau Kampung Pandewan.

Sumbangan masing-masing diterima oleh Ustaz Shamsul  (Masjid Al-Hidayah Nabawan), Imam Abdul Karim (Masjid Kampung Bahagia), Mohd Toha (Surau Al-Fatah Tetagas), Abdul Hamid (Surau Kampung Dua Ria), Halizan Rauneh (Surau Al-Falah Murni), Isa Ismail (Surau Pamuntarian), Murice Songgorou (Surau Al-Hikmah Sarikan)dan Abi Majilon (Surau Pandewan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN