26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan sambut baik pengwujudan Kompeks ICQS di Bantul, Pagalungan.

Ghani (kanan) semasa mengiringi lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin dan rombongan di Pagalungan.

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin memyambut baik pengwujudan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)di Bantul, Pagalungan.

Katanya, perkara ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh penduduk di negeri ini khususnya penduduk di sekitar Daerah Kecil Pagalungan.

Ghani yang Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, ICQS yang akan dibina di kawasan seluas 65 ekar itu akan memudahkan pengurusan dokumen keluar masuk sempadan dan dokumen-dokumen yang berkaitan antara negara dan negara jiran Kalimantan Indonesia serta memberi impak pembangunan ekonomi kepada lebih 6,000 penduduk di Daerah Kecil Pagalungan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin mengumumkan pembinaan Kompleks Bersepadu itu dalam lawatan kerjanya di Pagalungan pada Jumaat.

Hamzah berkata, pembinaannya akan dimulakan sebaik sahaja permohonan tanah tapaknya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini saya akan pastikan tidak ada gangguan tapak untuk Kompleks tersebut dan membawanya dalam mesyuarat LUC dan mengemukakannya kepada Jabatan Tanah Dan Ukur dan seterusnya kepada Ketua Menteri Sabah untuk kelulusan” katanya kepada pemberita semasa mengiringi lawatan Menteri Dalam Negeri itu.

Menurut Ghani, jika proses pengurusan tapak selasai pada tahun ini, mungkin sebut harga akan dikeluar pada tahun ini juga.

Tapak Kompleks Bersepadu itu terletak kira-kira 2 kilometer dari Pos Kawalan Lintas Batas Negara (PKBN)Indonesia.

Menjawab soalan lain Ghani berkata, projek naiktaraf jalan Sepulut Salong ke Pagalungan yang menelan kos pembinaan lebih kurang RM380 juta kini dalam kerja-kerja naiktaraf.

Selain itu katanya, projek naiktaraf jalan Pagalunan Saliku dan ke Bantul di mana ICQS dibina juga dalam perancangan.

“Begitu juga dengan jalan ke Pensiangan semuanya dalam perancangan untuk dinaiktaraf” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN