28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Jun 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor terima kunjungan hormat PGRS Bahagian Bingkor .

Robert (duduk lima dari kanan) merakam gambar bersama rombongan yang diketuai oleh Jasri Nasip (empat dari kanan).

KENINGAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah ( Gagasan Rakyat) membuat kunjungan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) N.40 Bingkor Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Kunjungan seramai lapan orang itu diketuai oleh Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.40 Bingkor Datuk Jasri Nasip Bin Mat Jakir.

Mengiringinya Timbalan Ketua Bahagian Rafie Robert, Setiausaha Bahagian Zainuddin Edward Ebit, Bendahari Zulkifli Kadir, Setiausaha Kerja Jadul Amin Jasri, Ketua Pemuda Daffri Adzahari, Ketua Wanita Sumiati Yusuf dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Bahagian Gagasan Rakyat N.40 Bingkor.

Ianya juga turut disertai , Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Junior Fred Vincent, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip, Ketua Daerah N 40 Bingkor ,OKK Daniel Palangi.

Kunjungan Gagasan Rakyat N.40 Bingkor kepada Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor ini adalah julung-julung kalinya diadakan sejak Gagasan Rakyat ditubuhkan di bahagian Bingkor.

Dalam pertemuan itu, kedua dua pihak menggunakan peluang kunjungan tersebut membincangkan isu-isu semasa dan perancangan masa depan khususnya dalam menghadapi pilihraya umum negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Robert yang juga Timbalan Presiden StarSabah mensifatkan, kunjungan tersebut amat bermakna sekali dalam merapatkan hubungan kedua dua parti yang dalam kompenon Gabungan Rakyat Sabah ( GRS).

Gabungan Rakyat Sabah adalah dianggotai oleh parti parti yang berada di Sabah yang mana Gagasan Rakyat adalah salah satu parti dalam GRS.

Kerjasama dikalangan parti parti dalam GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor sudah tentu mampu menarik sokongan rakyat dan memberi kemenangan besar kepada GRS.

Robert berkata StarSabah akan memainkan peranan yang penting untuk bekerjasama dengan ahli ahli parti dalam kompenon GRS dalam pilihanraya akan datang.

Robert mengucapkan terima kasih kepada Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Bingkor khususnya Ketua Bahagiannya atas kunjungan tersebut.

Beliau sentiasa membuka pintu Pejabatnya untuk menerima mana-mana parti yang mahu membuat kunjungan.

Sebelum ini, Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat kunjungan kepada Robert.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN